Sedar tak sedar, dah nak habis dah suku pertama tahun 2016. How fast time flie. 2,3 hari kebelakangan ni, mood bekerja agak lemau. Jenuh saya cari mood untuk bekerja, start buat call, review report clients namun rasa rajin tu masih tak kunjung tiba.
Akhirnya saya biar dan layankan saja mood tak betul tu. Sebagai manusia biasa, perkara ni adalah normal. Cuma kita yang bekerja sendiri ni tak boleh lah nak layankan sangat kelemauan tu. Kena ada usaha untuk mengatasinya.
Alhamdulilah, hari ni adalah hari training untuk grup Diamond Wealth Consultancy. Training yang kami adakan pada setiap hari rabu ni sangat penting sebenarnya. Bukan sahaja kami dapat ilmu baru, kami dapat refresh balik segala ilmu dan pelajaran yang kami dah lupa.
Untuk saya, training hari ni membangkitkan semula semangat saya untuk bekerja. Seronoknya sebenarnya bila berjumpa dengan kawan2 yang sekepala dgn kita. So bila dengar pencapaian orang lain buat saya jadi tak senang duduk. Tak boleh jadi ni! kena snap out from this negative state and be energetic again.
This is one thing yang saya suka jadi Unit Trust Agent dengan company no 1 in Malaysia ni dan saya bersyukur berada dalam Diamond Wealth Group. Sebabnya, saya ada support system yang baik. I am not alone. We are in competition with one another when comes to sales, but still we support each other as a group.
Best kannnnn.....
So my dear readers, give me a call kalau nak rasa kerja macam saya. Rileks je, takde nak pening kepala sangat. Disiplin of courselah perlu untuk menjadi seorang unit trust agent yang berjaya, tapi kita boleh tentukan sendiri bila dan bagaimana.
Jumpa lagi di lain hari yea.